Hyprobulksms

Wednesday, December 9, 2009

Tuala Wanita Penyelamat Atau Pembunuh




  • Mengikut kajian pakar 83% wanita berumur mengalami risiko yang tinggi dijangkiti penyakit dibahagian alat sulit.
  • 62% peratus daripadanya disebabkan oleh pemilihan dan pengunaan tuala wanita yang rendah kualitinya. Secara Purata seorang wanita memerlukan 3-6 hari sebulan untuk merawat jangkitan pada alat sulitnya.
  • Jika seorang wanita mula mendapat jangkitan di bahagian alat sulitnya pada seawal usia 20 tahun. Beliau akan mengambil masa selama 6 tahun untuk mendapat rawatan dalam hidupnya.
Tahukah anda bahawa bakteria dan bahan mentah yang digunakan untuk membuat tuala wanita merupakan ancaman kepada wanita.

Tuala wanita biasa dan lampin bayi boleh diklasfikasikan sebagai fast moving consumer good dibuang serta merta selepas guna. Ada sesetengah pengilang mengumpul semula bahan-bahan ini untuk dikitar semula, di mana penggunaan bahan kimia dalam kuantiti yang banyak diperlukan untuk mengawet supaya bahan tersebut nampak lebih putih, cantik dan menarik.

Tahukah anda bahan penyerap tuala wanita ini dibuat daripada recycle paper & gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching? Bleaching @ bahasa mudahnya clorox adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah melakukan kajian ke atas beberapa jenama popular tuala wanita mendapati bakteria amat tinggi melebihi 10 kali ganda dari piawaian keselamatan Antarabangsa. Di mana bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kuman pada faraj kaum wanita seterusnya mendatangkan masalah kesihatan di kalangan kaum wanita.

Menurut Dr. Siti Zaleha Ab. Rahim, ketika haid, wanita dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah keluar. Ini kerana darah adalah media yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya. Jangkitan bakteria akan menyebabkan wanita terdedah kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya yang melibatkan anggota sulit. Malahan wanita juga boleh terdedah kepada kanser rahim yang menjadi pembunuh no 2 wanita selepas kanser payudara.


No comments:

Post a Comment